Tuesday, September 6, 2011
Apa itu OKU ??
# Definisi OKU
* Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008:-
'Orang Kurang Upaya' termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
1) Kategori OKU
-Kurang Upaya Pendengaran
-Kurang Upaya Penglihatan
-Kurang Upaya Fizikal
-Kurang Upaya Pertuturan
-Masalah Pembelajaran
-Kurang Upaya Mental <<---
-Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)
2) Kad OKU
* KAD OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Kad tersebut terbahagi kepada 7 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti berikut :-
1. Penglihatan - Biru
2. Pendengaran - Ungu
3. Fizikal - Hijau
4. Pertuturan - Coklat
5. Masalah Pembelajaran - Kuning
6. Mental - Putih
7. Pelbagai - Merah
3) Permohonan Pendaftaran
* Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian;
* Menggunakan borang tersebut di atas; dan
* Menyertakan 3 keping gambar ukuran kad pengenalan dan dokumen sokongan seperti Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan.
3) Syarat-syarat pendaftaran
* Warganegara yang bermastautin di Malaysia
* Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.
Borang Pendaftaran Kanak-kanak Kurang Upaya (0-18 tahun)
http://www.jkm.gov.my/images/stories/pdf/borang%20oku%20kanak-kanak.pdf
Borang Pendaftaran Orang Kurang Upaya (18 tahun ke atas)
http://www.jkm.gov.my/images/stories/pdf/borang%20oku%20dewasa.pdf
(Sumber JKMM) http://www.jkm.gov.my
*** Pada pengalaman saya, jika mahu memohon kad OKU sila bawa empat salinan borang ini yang telah siap di isi bagi memudahkan untuk mendapatkan pengesahan dari doktor psikiatri.
Adakah jika seseorang mempunyai masalah mental,dia tergolong dalam OKU Mental ???
Jawapanya tidak ,Mereka yang mempunyai masalah mental yang kritikal saja yang tergolong dalam OKU mental setelah disahkan oleh Pakar Psikiatri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment