Wednesday, September 7, 2011

Pelajaran 1 : Memahami Penyakit Mental

1. Mengenai Penyakit Mental

A. Apa itu penyakit mental?

"Penyakit Mental" adalah satu istilah umum untuk penyakit yang di sebabkan oleh disfungsi otak (brain dysfunction).

Penyakit-penyakit mental boleh di bahagiakan kepada beberapa jenis mengikut punca dan simptom-simptom.

Di antara jenis-jenis yang paling kerap ialah:-

Schizophrenia
Depression(kemurungan)
Maniac-depressive disorder
Anxtiety Disorder
Penyakit Alzheimer(nyanyuk)
Postnatal Depression (meroyan)


Tanggapan umum ialah masalah mental disebabkan oleh faktor-faktor keadaan (cicumstantial). Walaubagaimanapun kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor keadaan ini adalah faktor-faktor precipitating, punca sebenar masalah ialah disfungsi otak.

****Oleh kerana penyakit mental adalah masalah fisikal(psikologikal), rawatan awal perlu untuk menggelakkan penyakit berlarutan.


B. Sebab-sebab am penyakit mental


1. Faktor-faktor mempengaruhi terdahulu

Keturunan

Penyakit disfungsi otak di kalangan pesakit mental selalunya berkaitan dengan keturunan. Walau bagaimanapun, mempunyai baka tidaklah bermaksud seseorang itu akan mendapat penyakit tersebut. Ahli keluarga boleh mengelak terjadinya penyakit dengan memberi lebih tekanan kepada kesihatan mental mereka, yang melibatkan perubahan-perubahan kecil dalam kehidupan mereka (contohnya belajar mengenai stress, dan cuba hidup dengan lebih ceria dan kurangkan tekanan).

------------------------------------------------------------------------------------

Salah anggap umum mengenai keturunan:

Keturunan akan menyebakan penyakit mental

Fakta - Ramai manusia yang mewarisi baka-baka berkenaan tidak mengalami penyakit mental dengan menjauhi diri dari faktor-faktor penyebab.

Baka keturunan boleh melangkah ke satu generasi

Fakta - Keturunan adalah satu proses biologikal di mana seseorang itu mewarisi baka ibu/bapanya. Tidak ada baka keturunan akan diwarisi oleh seseorang itu jika baka itu tidak diwarisi oleh ibu/bapanya. Jika keseluruh generasi seseorang itu tidak mengalami penyakit keturunan tersebut, bolehlah kita olah bahawa mereka telah terlepas dari episod penyakit itu, tetapi kita tak boleh menjangkakan yang seseorang dari generasi yang akan datang akan pasti mendapat penyakit tersebut.


Penyakit keturunan adalah disebabkan oleh 'Kesalahan Datuk Moyang"

Fakta - Walau komposisi dan mutasi (mutation) baka manusia masih lagi misteri kepada para saintis, appa yang pasti adakag baka tidak boleh diubah dengan tingkah laku. Apapun tingkah laku datuk moyang seseorang itu. Komposisi baka mereka tidak akan berubah. Jadi tidak wajarlah kita menyalahkan tingkah laku mereka yang menyebabkan penyakit tersebut.


------------------------------------------------------------------------------------

2. Faktor-faktor penyebab

a) Ketidakseimbangan Kimia Neurotransmitor Otak

Otak, satu organ yang amat penting, mempunyai satu urat saraf yang menerima dan membekalkan berbagai-bagai peranan dan pegerakan badan. Ia mempunyai lebih dari 100 jenis Neurotransmitor yang bertanggungjawap dalam menyalurkan pesanan di antara saraf. Apabila Neurotransmitor berkurang atau berlebihan, fungsi saraf cerebral akan terganggu, menyebabkan pesanan dari otak tidak disalurkan. Ini menyebabkan masalah mental, emosi dan physiological.

b) Kerosakan otak dan kemunduran fungsi-funsi otak

Kecederaan otak, tumor otak dan jangkitan otak boleh juga menyebabkan penyakit mental. Mutasi sel-sel otak di kalangan orang tua boleh menyebabkan kemorosotan fungsi otak dan menjurus kepada penyakit Alzheimer.


c) Keganjilan Rembesan Hormon

Ada wanita yang merasakan kemurungan sebelum melahirkan dan pada waktu kedatangan haid yang berpunca dari keganjilan rembesan hormon pada tempoh tersebut, kerana ada jenis-jenis hormon yang memberikan kesan kepada keseimbangan emosi seseorang.


d) Stress (Tekanan)

Stress dan anzeti (anxiety) selalu menjurus kepada penyakit mental.Mereka yang degil atau terlalu berkeras hati selalu membawa tekanan kepada diri mereka sendiri.

Sesuatu episod besar dalam kehidupan seseorang seperti kematian orang terdekat, pengangguran, penceraian, penyakit kronik , menangung hutang juga boleh memberi tekanan kepada seseorang individu.


3. Faktor-faktor yang memanjangkan (Perpetuating Factors)
Tidak mendapatkan rawatan sewajarnya

Seperti penyakit lain, penyakit mental juga boleh dirawat, dan rawatan awal adalah dinasihatkan. Tetapi ramai pesakit mental dan ahli keluarga mereka tidak mahu mengakui penyakit mereka dan kadangkala menggunakan cara tradisional untuk berubat. Ini akan melambatkan mereka dari mendapatkan rawatan yang wajar. Masyarakat yang tidak berpengetahuan mengenai ubat-ubatan psikiatrik, percaya yang ubat-ubat psikiatrik boleh membawa mudarat dan ketagihan. Mereka akan berhenti mengambil ubat tanpa berjumpa doktor dan ini akan membuatkan penyakit mereka berulang kembali.

Setiap manusia selalunya boleh mengalami penyakit mental dalam kehidupannya, Adalah penting ditekankan bahawa penyakit mental yang ringan (seperti anzieti, kemurungan ringan dan neurasthenia), boleh bertukar kepada penyakit mental yang berat ( seperti schizoprhenia) (kemurungan teruk / manic-depressive disorder) dan akan memerlukan rawatan dan pengambilan ubatan yang berpanjangan.



C. Diagnosis Untuk penyakit mental

Walaupun kita tahu bahawa penyebab penyakit mental adalah ketidak seimbangan pengeluaran neurotransittors otak, tiada ujian yang senang yang boleh dilakukan untuk memastikan masalah neurotransittors ataupun kuantiti sesuatu neurostransmitter itu.

Di dalam beberapa keadaan, pesakit boleh dinasihatkan untuk mengambil beberapa ujian untuk mengklasifikasikan penyakit dengan lebih tepat. Contohnya ujian darah boleh mengecualikan penyakit thyroid sebegai penyebab kemurungan sesorang itu. Electroencphalographu (EEG) boleh menolong memastikan sama ada pesakit itu memnpunyai penyakit mental atau epolepsi (sawan) dan CT Scan boleh menunukkan sama ada seseorang itu ada mengalami masalah cerebral bleeding, barah otak atau cerebral atrophy.

D. Kesimpulan

Seperti penyakit-penyakit lain, penyakit mental adalah masalah fizikal yang perlu rawatan dan boleh diubati. Penyakit-penyakit mental tidak berjangkit. tetapi jika tersilap menanangi emosi negatif boleh menjurus kepada tekanan (stress) dengan berbuat demikian, kita boleh mengurangkan peluang mendapat penyakit mental.





Statistik Penyakit Mental

Setiap orang mengenali sekurang-kurangnya seorang yang berpenyakit mental

Mengikut kajian tinjauan psyikatrik mobiditi di Malaysia, terdapat 10.7% orang dewasa dan 13% kanak-kanak mengalami masalah mental di Malaysia


+++++ to be continued

1 comment:

  1. JSMH, KEMMOJET HABANERO Casino | KEMMOJET HABANERO
    JSMH, KEMMOJET HABANERO Casino 사설토토 - 상주 출장안마 Official 태백 출장샵 Website. 세종특별자치 출장샵 JSMH, KEMMOJET HABANERO 태백 출장샵 Casino.

    ReplyDelete